Loading...
ABANG STRAWBERRY @ GULLFOOD 2020 (THE WORLD’S LARGEST ANNUAL FOOD, BEVERAGE AND HOSPITALITY EXHIBITION)
10 May 2021

SEKALI LAGI, Abang S membawa produk keluaran Abang S Jauh ke Dubai. Kalau kita sebut tentang Dubai, pastikan kita akan membayangkan bangunan pencakar langit disana. Setinggi bangunan disana, sama tinggi jugalah angan angan Abang Strawberry ingin memperkenalkan produk di negara mewah itu.

Pameran yang berlangsung selama 5 hari bermula daripada 16 Februari 2020 sehingga 20 Februari 2020, memberi pelbagai gambaran baru yang pastinya menjadi kenangan dan juga ilmu baru kepada kami. Manakan tidak, bukan hanya mereka yang berasa daripada Dubai itu sendiri yang menghadiri pameran ini, malahan hampir keseluruh dunia. Manakan tidak, pameran GULLFOOD ini diiktiraf sebagai antara pameran terbesar didunia. Abang S sangat berbesar hati, kerana kami yang kerdil ini berupada untuk duduk sebaris bersama syarikat syarikat terbaik diseluruh dunia.

Misi yang paling utama pastinya adalah untuk menjual produk kami ke luar negara disambil mencari pembeli yang berskala besar (misi kami untuk mengeksport). Keduanya, adanya pameran ini membantu kami mencari produk-produk yang popular di pasaran Dubai sebagai ilmu baru untuk kami bawa pulang ke Malaysia. Akhir sekali, pameran ini dapat menilai keupayaan kamiterutama dalam pengeluaran dan pasukan.

Doakan Abang Strawberry juga berjaya seperti usahawan di Dubai. Pastinya Abang Strawberry akan menjulang nama Malaysia di mata dunia. Insyaallah, Amin.

Maklumat lanjut tentang GULFOOD 2020 disini https://www.gulfood.com/exhibitors?&searchTerm=ybs&searchgroup=00000001-exhibitors

ybsolehh_20200403_152526_3.jpeg

ybsolehh_20200403_152526_2.jpeg

cailokman_20200403_153838_1.jpeg

cailokman_20200403_153849_2.jpeg

ybsolehh_20200403_152526_0.jpeg

cailokman_20200403_153906_0.jpeg

cailokman_20200403_152730_5.jpeg

ybsolehh_20200403_152526_1.jpeg

cailokman_20200403_153956_3.jpeg

Artikel asal pada Feb 28, 2020

The war against Covid-19 is not over. As part of taking care of the nation and beloved customers, we are sending out happiness to your home. Everyday!